Tuesday 19 April 2011

Expert Workshop 2011 : masak-masak bersama Chef Halim

Alhamdulillah, Program Expert Workshop 2011yang buat julung kalinya diadakan oleh Pusat JalurLebar Komuniti (PJK) Felda Trolak Utara telah selamat diadakan dengan jayanya. Diharap Segala ilmu dan tips semasa bengkel tersebut dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut adalah beberapa gambar yang kami ingin kongsikan bersama sepanjang bengkel ini dijalankan.

Peserta yang turut serta mencuba bersama chef Halim

Para peserta mendengar taklimat yang diberikan sepanjang Bengkel

Pengurus PJK turut memcuba hasil Masakan

Peserta bergambar bersama Chef Halim dan Staf PJK


Kami Bagi Pihak PJK merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. In Shaa Allah Bengkel Expert Workshop seumpama ini akan diadakan pada tahun-tahun yang akan datang..

Monday 11 April 2011

Kenali 'Chef' Anda ~

Chef Halim Shah Abdullah
Chef Halim Shah Abdullah, merupakan seorang graduan daripada Sekolah Seni Kulinari Stamford, Petaling Jaya, dalam bidang masakan Klasik Perancis. Beliau menerima pendidikan awal di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan secara professional semenjak 1991 dan telah memulakan kerjayanya di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur.  

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa hotel bertaraf 5-Bintang yang lain, antaranya;
  • The Regent Four Season Kuala Lumpur
  • The Datai Langkawi
  • Sheraton Subang Hotel & Tower
  • Lafite Restaurant, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Selain berkecimpung dalam bidang masakan industri perhotelan, beliau juga turut berpengalaman sebagai; 

Tukang Masak Peribadi kepada Keluarga di Raja Brunei, Brunei

Ketua Tukang Masak Dewan Makan Sukan Komanwel 1998, Malaysia

Ketua Tukang Masak di Rangkaian Restoran Milik Keluarga di Raja Arab Saudi

Sunday 10 April 2011

Berita baik untuk komuniti Felda Trolak Utara!

Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) Felda Trolak Utara akan mengadakan satu Program Expert Workshop iaitu Bengkel Masak² pada 13hb April 2011. Bengkel ini diadakan khas untuk Penerokawati yang menetap di sekitar Felda Trolak Utara sahaja.


Bengkel yang akan dikendalikan oleh seorang pakar masakan atau chef yang berpengalaman lebih dari 20 tahun ini adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Peseta bengkel ini akan diberi tunjuk ajar tentang penyediaan Cookies (biskut) iaitu Chocolate Chip Cookies, White Chocolate Chip Cookies, Brown Sugar Almond Cookies dan Peanut Butter Cookies.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hadirkan diri anda ke PJK Felda Trolak Utara untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya mendaftarkan diri anda di sana.

Selain dari mempelajari cara-cara membuat biskut, para peserta juga secara tidak langsung akan didedahkan dengan penggunaan ICT (internet), di mana setiap nota rujukan, tip & petua, maklumat terkini serta sebarang pertanyaan selepas bengkel boleh dilakukan dengan hanya melalui blog khas ini. 

Blog ini juga akan berfungsi sebagai sumber maklumat kepada peserta bengkel untuk melayari pautan-pautan lain yang berkaitan. Para peserta juga boleh berinteraksi dan bertanya dengan tenaga pakar yang dijemput menggunakan perisian serta ruangan yang disediakan, semuanya secara online.