Thursday 18 December 2014

Expert Workshop 2014 : Roti & Pizza

Alhamdulillah..seperti tahun-tahun sebelum ini, pusat internet 1 malaysia (PI1M) felda trolak utara sekali lagi menganjurkan program expert workshop. pada tahun ini PI1M trolak utara memilih membuat bengkel membuat roti dan pizza. Sudah pastinya PI1M membawakan tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dan mahir dalam bidang ini.

poster expert workshop 2014

Bagi Bengkel membuat roti dan pizza ini pihak PI1M akan membawa Pn. Harsa Afina sebagai tenaga pengajar pada kali ini. Puan Harsa Afina merupakan seorang usahawan kek dan Roti. kedai kek dan rotinya diberi nama bayudelight bakery telah pun mempunyai 6 cawangan iaitu di nibong tebal, parit buntar, jawi, sungai bakap, bagan serai dan juga di kulim.selain mempunyai kedai kek dan pastry, beliau juga turut menyediakan perkhidmatannya secara online. Pemilik Bayudelights Bakery ini telah berpengalaman selama 14 tahun dalam mengusahakan perniagaan kek, roti, pai dan pastry secara online. Bayu delight bakery & cafe juga telah mengeluarkan produk frozen food seperti pizza, lasagne dan laksa johor.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau. bolehlah lawati laman facebook beliau di https://www.facebook.com/bayudelights dan juga di blog http://bayudelights.blogspot.com/

Semoga kita sama-sama dapat mempelajari dan menimba ilmu sebanyak mungkin daripada beliau dalam pembuatan roti dan pizza pada program ini. In shaa Allah.